Sunday, 29 September 2013

Transfer Factor


Sebarkan Miracle Of Transfer Factor Pada Mereka Yang Memerlukan.......



Masa muda, kita cenderung menginginkan segala produk-produk kecantikan. Berhabisan beratus hingga la beribu.

Namun bila usia mencecah mau pun melebihi 30-an segala macam penyakit mula timbul. Dari yang biasa-biasa hingga la yang ke luar biasa.

Semasa sihat, kita lupa akan produk yang boleh melindungi kita. Kita tidak jeling pun produk yang bermanfaat untuk kesejahteraan kita. Bahkan tidak ambil tahu langsung akan produk-produk yang boleh memberi kesejahteraan pada kesihatan tubuh badan kita.

Bila penyakit mula melanda, dari yang biasa hingga la ke yang luar biasa, kita mula menghargai kesihatan kita. Kita mula bertungkus lumus mencari segala macam penawar. Bila keadaan menjadi lebih kronik, sudah pasti la kos nya juga lebih “kronik” belanja yang tinggi untuk merawat penyakit yang melanda. Saat itu kita mula berpaling tadah dari produk kecantikan ke produk kesihatan.. Dalam hati berkata, " tak cantik pun tak apa, yang penting sihat"..... apa yang penting dalam kepala mencari penawar penyakit dan kembali sihat. Saat itu juga kita mula menghargai setiap sen dari wang kita untuk kembali sihat......

Di kala kita sentiasa sihat, orang-orang yang kita sayangi, keluarga , saudara mara pula kurang sihat. Sudah pasti kita akan terasa tempias nya.............bukan sekadar tempias duka dan lara, tapi wang ringgit juga akan turut menjadi goyah demi membantu untuk menyelamatkan insan-insan yang disayangi.........saat itu kita mula sedar, betapa pentingnya menjadi & menjaga kesihatan .....:


"Namun andai kata kita telah menjaga kesihatan kita dengan sebaik mungkin, tapi kita tetap juga sakit............". .......semua itu adalah ketentuan Tuhan..

kita akan mulai sedar & menghargai setiap detik daripada kehidupan kita saat kita sakit.........

”setiap penyakit itu Tuhan ciptakan penawar nya” yang penting kita berusaha sebelum berlaku/sebelum terlambat.



 NAK TAHU BAGAIMANA SAYA MENGETAHUI PRODUK TRANSFER FACTOR?


 Sudah pasti, masa sihat saya memang tidak pernah jeling segala produk2 kesihatan walau bagus bagaimana sekalipun sehingga la suatu hari .......................... Saya hanya mampu berikhtiar utk membantu mencari penawar bertanya kan pada rakan2 sekerja yang pernah mengalami situasi yang sama dan di di situ lah saya di kenalkan oleh seorang rakan akan produk ini yang banyak membantu menyembuhkan pesakit2 kanser......saat itu la saya mula melanggan produk ini utk ahli keluarga yang memerlukan.

Dulu, Tiada siapa pun yang mewar-warkan produk ini pada saya. Walau pun sekian lama saya telah mencari penawar pada alahan makanan (alergi –seafood/ikan) yang saya alami.
Namun, saya menjumpai produk ini disaat saya memerlukan penawar untuk penghidap kanser (sudah terdesak sudah pasti kos nya berlipat ganda).

Oleh itu, saya dengan gembira nya mewar-warkan pada anda akan Trasnfer Factor ini agar dapat membantu mereka2 yang memerlukan sebelum terlambat untuk sembuh..........


********************************************************************************

Carilah seberapa banyak penawar penyakit yang kita mampu...... tak kira lah Transfer Factor, apricot seed, daun belalai gajah ke......tujuan nya adalah sama, untuk menyelamatkan insan2 yang dikasihi.....selagi mampu bertahan untuk membeli semuanya..... walau terpaksa berhutang keliling pinggang,....berhabis wang ringgit.....mau pun bergadai harta, semua nya untuk insan2 tersayang.........


Hanya mereka yang mengalami nya. maupun yang ahli keluarga atau yang mempunyai insan tersayang yang menghadapinya tahu memahami dan merasai kedukaan itu.............





Doakan lah semoga mereka beroleh kesembuhan


 



 
 

Thursday, 12 September 2013

Testimonial Aku Siri 2


Testimonial Aku Siri 2
 

Hari Ke-4:
Saturday, 24th  August 2013;
 
Pagi: 4 pcs TF Advanced+Riovida   +Fresh Juice (home made juice extract = 4 apples + 1 carrot +1 tomato) .2 kali sehari (4 pcs TF Advanced+Riovida)  
p/s: malam tadi tidur masih ada sumbat hidung sikit, telinga masih ada sikit gatal, kadang-kadang tangan gatal mengorek telinga....
pagi ni pulak bersin sikit2 tapi tak keluar hingus.
 
Hari Ke-5:
Sunday, 25th August 2013
Pagi: 4 pcs TF Advanced+Riovida 2 kali sehari
P/S: Malam tadi hidung masih tersumbat sebelah. Tangan sentiasa nak korek telinga (dah jadi kebiasaan) ,gatal sikit ...sakit dalam telinga kena korek.kulit  dalam telinga mengelupas kena korek....
Pagi ni tidak ada bersin.kepala pun tak berat mcm biasa
 
Hari Ke-6:
Monday, 26th   August 2013
Pagi: 4 pcs TF Advanced+Riovida 2 kali sehari
P/S: Malam td (hari ke-5) hidung selesa sikit tidur.kurang sumbat. Bangun Pagi tiada bersin. Confused aku, adakah  Telinga  aku yang gatal@memang tangan aku yangmenggatal suka korek lubang telinga tu  sejak 2 menjak ni.
Malam ni telinga aku pekak sebelah kiri. Sebentar  tadi korek memanjang, last2 jd pekak pula.......
 
Hari Ke-7:
Tuesday, 27th   August 2013
Pagi: 4 pcs TF Advanced+Riovida 2 kali sehari
P/S: pagi tiada bersin. Telinga gatal pula...tak tau mcm mana lagi nak buat...korek dengan cotton bud yang di sapu minyak angin cap kapak...aduh gatal sangat2...tak tau kenapa? Malam tadi makan pizza...tu penyebab agaknya.....pantang tersalah makan...tidur malam tadi pun hidung ada tersumbat .......
Siang ni telinga pekak sebelah kiri sepanjang hari hingga la malam ni masih pekak sebelah.....
Malam ni dah tak tahan. Sempat beli ubat titis telinga kat farmasi, RM15. Tapi ubat tu untuk titis mata yang gatal terkena infection/sinus....

...Eeemmm confused... Hari tu pun Dr bagi ubat titis telinga yang sekali dengan mata..dua-dua boleh, titis untuk telinga & mata....

Hari Ke-8:
Wednesday, 28th   August 2013
Pagi: 2pcs TF Advanced+Riovida (1 kali sehari-stok dah habis)
P/S: Pagi ni hidung sensitive & berlarutan sepanjang hari. Sentiasa bersin, sensitive dengan tempat kotor/berhabuk/debu.....
Tidur malam hidung tersumbat teruk. Tak tau kenapa, maybe tersalah makan, maklumlah semalam (Tuesday) ada jamuan raya kelas & makan sakan...
 
Hari Ke-9:
Thursday, 29th   August 2013
Pagi: Tiada mengambil apa-apa supplement. TF pun dah habis dalam 7 hari je (belum ada masa p beli). Minum riovida sahaja.
Hidung sensitive, sentiasa nak bersin & tetap tersumbat walaupun dalam keadaan duduk/berdiri. Telinga masih gatal seperti biasa, so korek & letak ubat titis je...
Malam tadi juga hidung sumbat teruk juga. Mungkin semalam ada tersalah makan di jamuan raya kelas-kelas...(tiap-tiap hari beraya pula...)
Malam ni 29/8/2013, telinga kiri terasa bengkak dan sakit di dalamnya. Bahagian luar telinga tak boleh di sentuh, terasa sangat sakit di dalamnya tiap kali luar telinga kena sentuh. Masih kurang mendengar sebelah kiri.
 
Hari Ke-10:
Friday, 30th August 2013
Tiada perubahan walaupun jaga makan dan minum.....
 
Hari Ke-11:
Saturday, 31st August 2013
Hidung tersumbat, telinga gatal. Korek dengan minyak angin cap kapak & letak ubat titis telinga....banyak makan beraya and majlis kahwin. Bedal semua benda, kecuali ikan/telur....balik2 hidung lagi bertambah sumbatnya....sempat pergi bercuti hujung minggu

Hari Ke-12
Sunday, 1st September 2013
Hari ni spt hari2 yg lain. Hidung masih tersumbat, telinga pun sama..sometimes “pekak badak” hehehe....pagi ini masih kat tempat percutian hujung minggu & awal pagi sempat  mandi kat swimming pool, lepas tu telinga gatal...kiri , bengkak dalamnya, nak lap lubang telinga dengan towel pun x boleh, sakit+gatal......hari ini banyak makan beraya & majlis kahwin....cuti2 pun sempat beraya.... Bedal semua benda.....yummy yummy......tapi tak makan ikan/spesies yang sewaktu dengannya juga le.....
 Hari Ke-13
Monday, 2nd September 2013
Hidung tersumbat juga sensitive/bersin. Aku dah give up dah ni...tak tau nak makan apa lagi.....tiada kesempatan nak pg beli TF yang jauh...tambah lagi bz kebelakangan ini. Sunday pula HQ 4 Life tutup, tak dapat pg beli TF pada hari biasa kerana kerja.
 
 
Ikuti Kisah Testimonial Ku Siri 3



 


 

 

 


Thursday, 29 August 2013

Kisah Kereta Ku Siri 1





Kisah yang harus di jadikan sempadan dan pengajaran

 
 Segala cerita yang terdapat di dalam cerita ini bukanlah rekaan semata-mata dan tidak bermaksud untuk memburukkan sesiapa sama ada yang hidup mau pun yang dah tiada. Kisah ini berdasarkan pengalaman sebenar penulis dan hanya  sekadar ingin perkongsian yang boleh menjadi pengajaran pada kita semua agar tidak mudah mempercayai sesiapa sama ada yang nampak baik/elok atau pun yang berupa jahat/buruk......dan tidak memburukkan yang kelihatan baik /buruk.....hehehe.....agar kita  tidak menjadi terlalu baik hingga menjadi mangsa keadaan atas kebaikkan diri sendiri.....: dalam erti kata yang lebih kejam “jangan sampai kita  sentiasa di perbodohkan!”.
 
Kesah Kereta Ku Siri 1
Suatu hari (Isnin)  aku ke tempat kerja seperti biasa dengan terkelam kabutnya berangkut baby yang waktu itu masih beberapa bulan untuk dihantar ke babysitter..
 
Sebaik sampai di tempat kerja aku parking kat tengah padang bola yang luas di tempat kerja ku, memandangkan semua tempat dah penuh dengan keta. Di tengah2 padang tersebut turut  berderet kenderaan2 lain milik rakan setugas.
 
Maka, seperti biasa aku meneruskan tugas harian ku tanpa ada rasa curiga apa2....
 
Aku habis kerja seperti biasa, 6.35 p.m . Seperti kebiasaan yang aku lakukan , aku meninggalkan tempat kerja sekitar 6.50 p.m kerana tidak mahu tersangkut dalam traffic jam, aku keluar lambat..
Sampai di rumah aku tidak mencurigai apa-apa..
 
Keesokkan hari nya (Selasa) aku ke tempat kerja ku seperti biasa. Aku turut parking di tempat yang sama seperti semalam. Tidak juga aku mencurigai apa-apa yang pelik. Sebaik sampai di tempat kerja, aku pantas lunch di kantin. Selesai lunch, aku naik ke office dan semasa dalam perjalanan naik ke office, aku terserempak dengan seorang rakan sekerja ku, lalu beliau menyapa ku...” anu, engkau punya keta ok tak?” dia ulang berkali2...jantung aku berdegup kencang dengan soalan nya...aku terpingga2 & tertanya2 diri sendiri apa salah keta ku....aku turut bertanya pada beliau,”kenapa dengan keta saya? Cakap lah!” tapi beliau menjawab “ ko tak tau apa2 ke semalam? ko pi tengok dulu keta, ko cek dulu keta ko betul2 .....
 
Aku pun dengan jantung berdebar, takut, hairan & tertanya-tanya apa yang telah terjadi, berlalu meninggalkan rakan setugas tadi sambil menuju ke kereta ku yang berada di tengah padang. Maka, aku cek kiri kanan, belakang dan depan keta...twengtwengtweng.....depan keta ku sebelah driver kemek dan mentol/lampunya tersembul.......hahaha macamana aku boleh tak tau dan tak sedar apa2...biasala perempuan kalau pakai keta tau drive je. Takde masa nak nengok/cek2 keta....
 
Aku terkejut, marah dan tertanya-tanya siapa yang hentam keta aku kat kawasan tempat keja. Kenapa tak ada yang datang cari aku, bagi tau aku yang dia dah terlanggar atau menghentam keta ku...tempat ni bukan nya besar sangat. Parking keta kat situ pun bukannya orang luar, tapi staff /warga yang sama”.
 
Aku pantas berlari dan mencari rakan yang telah bertanya akan keadaan keta ku sebentar tadi.
 
“kak keta saya kemek, siapa langgar? Cakapla ...cakapla siapa langgar keta saya......”
Namun rakan tadi menyuruh aku mencari si “A” yang telah menjadi saksi kejadian....alamak....panjang ceritanya waktu tu....
 
Di pendekkan cerita:
 
Aku di beritahu siapa yang telah menghentam keta ku. “Si B yang reversed keta nya lalu menghentam kereta ku, namun Si B (yang pada waktu itu bersama rakannya) buat2 tak tau seolah2 takde apa2 terjadi”..rakannya siap cakap “biarla” – menurut saksi.
 
Aku tunggu si B yang telah terlanggar keta ku untuk berjumpa denganku...seminggu berlalu, tiada yang datang memohon maaf/menceritakan apa yang terjadi.
 
Aku call tapi tak berjawab. Bising dah satu office tahu tentang kejadian tu, tapi tiada juga yang datang meminta maaf. Hingga la rakan setugas yang lain (Si D) menjadi orang tengah memujuk si B untuk berjumpa denganku untuk selesaikan masalah. Kesahnya orang tengah pun kena marah dengan Si B yang melanggar keta ku...kwangkwangkwang.....turut di khabarkan bahawa Si B turut marah rakan lain iaitu Si E (yang dia syaki membocorkan rahsia padaku...hehehe..padahal Si E  tak tau menahu hal Si B terhentam keta ku,)....Begitu punya orang pun ada
 
Seminggu berlalu, tiba-tiba si B call aku. Padahal satu tempat keja, tak juga jumpa2 aku, main2 call pula..
 
Begini la kesah nya: kring...kring...kring....
 
Si B:
 Rua..keta engkau ke tu???? Ya Alllllll..........akak tak tau pun tu keta rua....tu la sapa suruh engkau parking kat situ? Nape parking dekat? (dia cakap berulang2)
Aku:
Eh aku tak parking dekat tau..keta aku jauh.
Si B:
Eh tak la Rua, Rua parking dekat. Keta akak tak dapat keluar tau...
Aku:
 Saya parking jauh la... Ada  orang lain lagi yang parking kat situ. Bukan saya seorang. Keta saya jauh dari keta awak, keta si X lagi dekat dengan keta awak. Nape sebelum awak langgar keta saya awak tak dapat keluar!  lepas langgar keta saya, awak dapat pula keluar!
Si B:
Tu la rua parking situ. Rua pun salah jugak parking kat situ.
Aku:
Awak...saya tak kata awak salah saya betul/awak betul saya salah..saya tak nak cari siapa salah siapa betul. Saya hanya nak awak bertanggungjawad je. Awak dah langgar keta saya yang tengah parking, awak kena lah bertanggungjawab. Ini, dahla awak langgar, awak tak pula cari saya, office ni bukannya besar sangat untuk awak tak dapat cari saya...saya punya la pening kepala fikirkan “siapala yang melanggar keta saya??”..
 Si B:
Rua pun salah juga sebab parking situ...keta dekat sangat..
Aku:
Awak.....yang sudah, sudah la,....saya jauh ke, dekat ke....itu bukan soal nya sekarang..saya bukan nak cari salah siapa...saya nak awak bertanggungjawab...itu je..awak langgar, awak lah yang bertanggungjawab.....nanti saya baiki keta, saya bagi bil kat awak ye....
Si B:
Rua pun salah juga..nape parking situ, keta saya tak dapat keluar...keta saya pun rosak teruk...
Aku:
Eeeehhhh....Keta awak rosak teruk, bukan sebab saya ye.....Keta awak rosak, bukan saya yang langgar...awak yang langgar keta saya....
Si B:
Keta saya pun kemek teruk. Jangan la bagi mahal sangat. Saya pun nak baiki keta saya...
Aku:
Awak...ini bukan soal mahal atau murah. Bukannya saya yang tetap kan bayaran. Itu yang orang charge kat saya, itu lah yang saya charge  kat awak. Nanti saya bagi bil baiki keta kat awak kalau saya dah siap ye....
Si B:
Rua pun salah juga...suka hati awak la..... (terus letak fon)
 
P/S: aaaiiik! Camtu pulak... bukannya nak minta maaf, dia call untuk salahkan aku pula. Akhirnya Si B pindah daerah, lalu la kesah KETA KU TAK BERBAYAR hahaha.....bayar sendiri akhirnya... Kes ini telah di laporkan pada pihak pentadbir, namun tidak membantu dalam penyelesaian. Akhirnya, aku tetap jadi mangsa....baiki kereta, tanggung kosnya sendiri.
 
“bukan nilai baiki kereta itu yang menyakitkan, tapi sikap  seseorang itu yang lebih menyakitkan”
 
...degil punya budak....punya la keras kepala.....
 
aku tak benci dia, Cuma terfikir, ada juga orang pempuan macam tu......aku tidak mendoakan Cuma aku berharap agar apa yang dia  buat pada aku akan terjadi pada dirinya suatu masa kelak supaya menjadi pengajaran pada dirinya untuk tidak berbuat begitu pada orang lain......
 
IKUTI KISAH KERETA KU SIRI 2


Friday, 23 August 2013

Testimonial Alahan Makanan Ku SIRI 1


Pengambilan TF Advanced + Riovida


 

Masalah:
Alahan Makanan/food allergy: & sinus

Allergic pada telur, ikan & semua jenis seafood dan makanan2 yang sewaktu dengan nya/maupun fresh foods/junk foods/snack yang diproses/mengandungi bahan /food allergens

Selasa, 20 August 2013 :
Aku beli 1 Promotion Set
(RM655 Promotion Set TF Advanced+ Riovida+TF CV+Vitamin & Mineral Complex+ accessories box)

Hari Pertama:

21 August 2013

Pengambilan 5 biji TF Advanced & Riovida 2 kali sehari. Aku ambil ikut suka ati je, tak ikut  directions yang di tetapkan....

P/S:  Bersin2 seperti biasa. Hingus keluar berketul2 sekali sekala

Telinga masih gatal-gatal. Aktiviti mengorek/menggaru lubang telinga masih dilakukan. Tp tidak seperti biasa kerana lubang telinga yang digaru/dikorek sebelum ini terasa sakit/pedih, munking ada luka2 di dalam.

Tidur malam, hidung masih tersumbat seperti biasa.

 
Hari ke-2

22 August 2013

Pengambilan 4 biji TF Advanced & Riovida 2 kali sehari.

P/S: Masih bersin2 dah keluar hingus selepas bersin. Tp hidung  yang tersumbat rasa clear sebaik selepas bersin. .

Tidur malam hidung masih tersumbat

Hari Ke-3

23 August 2013

Pengambilan 3 biji TF Advanced & Riovida 2 kali sehari. (memandangkan harga yang mahal dan hanya beli 1 botol TF Advanced 60 capsules, aku nak jimatkan stok pula )

P/S: Hari yang ketiga ni, sebaik bangun tidur bersin2 seperti biasa. Masih sensitive dengan debu2/habuk. Pagi ni telinga tiada rasa gatal. Telinga masih sakit kerana beberapa hari yang lalu sebelum pengambilan TF ini keadaan telinga yang sangat gatal hingga ke cuping telinga, menyebabkan aku korek telinga seperti biasa aku lakukan  dengan cotton bud yang diletakkan eucalyptus baby oil pada cotton bud ( seperti yang biasa aku lakukan dengan minyak angin cap kapak-korek telinga...tapi kali ini mungkin aku terlebih korek hingga sakit yang teramat pula).... Pagi ini hingus turut keluar dengan banyak sebaik bersin. 

Pada pagi ini Nampak nya hingus banyak keluar, mungkin cuaca sejuk/hujan. Banyak juga tisu digunakan..kepala tiada rasa berat seperti biasa.




Ikuti kesah seterusnya

Alahan Makanan/Food Allergy


Alahan Makanan?

Sekian lama aku telah mengalami masalah alahan makanan seperti belacan, udang , ikan dan apa2 jenis snack  yang menggunakan perisa asal makanan laut (perisa udang, tiram, ikan, makanan yang dijeruk/perkasam  &.....).

****Sebelum ini keaadaan atau allergic yang aku alami tidak la teruk/sensitive sangat. Sesetengah ikan aku masih boleh makan contoh tenggiri. Asalkan tak makan seafood, belacan dan ikan bilis aku ok. Dan Keaadaan aku telah sembuh sepenuhnya sebaik melahirkan anak, mungkin sebab aku minum herba-herba cina waktu berpantang. Dimana dalam masa aku berpantang dengan makanan dan herba-herba cina selama 3 hari berturut-turut hingus aku keluar berketul2 sepanjang hari sampai habis 1 cutton tissue  tandas (6 pcs). Warna yang keluar pula dari coklat berdarah,ke hijau pekat, ke kuning cair dan akhirnya color jernih seperti hingus biasa. Dan akhirnya aku sembuh. Hidung yang tersumbat selama bertahun tidak tersumbat lagi. Makan ikan pun tiada masalah kecuali udang dan ikan bilis/sambal ikan bilis yang diletak pada nasi lemak yang sangat sensitive..juga masih boleh menikmati sushi makanan kegemaran aku*****

Awal tahun 2013 yang lalu selepas mengikuti BBQ warga SKS7 di Tanjung Bidara keaadaan allergic aku menyerang semula. Entah apa yang salah dimakan....nak kata daging tak mungkin pula sebab hingga kini aku masih boleh makan daging tanpa ada tanda-tanda allergic.... black pepper sauce?? Mungkin juga. setiap kali aku makan black pepper sauce yang sama, aku akan tersumbat hindung yang teruk...mungkin ada bahan yang aku sensitive digunakan dalam sauce berkenaan  yang membuat kedua-dua belah hidung tersumbat teruk hingga berbulan-bulan diikuti  demam,..hingga beberapa bulan yang lepas ,  deria bau semakin kurang sensitive/hilang deria bau buat seketika. Mana tidak nya tiap kali anak kecil ku buang air besar aku tak dapat kesan. Manakala, bila time memasak, dikala terlupa yang diri tengah masak makanan kat dapur sampai hangus berasap pun masih tak sedar sebab kurang deria bau....atau langsung tak hidu bau apa-apa.

Sekitar May & June 2013 telinga aku gatal-gatal teruk dan pendengaran pula terasa seolah-olah berada dalam kapal terbang (pekak)...aku ke Klinik Pakar ENT Dr Esa Di Kajang....masuk kamera kat telinga & hidung. Maka, nampaklah infection di telinga yang berpunca dari hidung. Terdapat cecair dari hidung masuk ke telinga. Hidung pula, dalaman nya bengkak pada kedua-dua belah. Keaadaan pekak berlarutan selama sebulan/>. 

Maka  :

1st time pergi pakar ENT : Dr bagi antibiotic and clarinase (hanya bersifat sementara untuk melancarkan pernafasan akibat hidung tersumbat)  ada kurang gatal tp ubat habis dlm 4 hari dan  gatal menjadi semula.telinga tetap masih tak jelas mendengar/rasa pekak sepanjang hari.
 
2nd time : Telinga masih ada infection dari hidung, dalaman hidung masih bengkak.

Dr bagi ubat titis telinga & spray hidung.



       Spray Hidung                                                                  Ubat titis telinga
 

Namun semuanya tidak berkesan....dah habis ubat, tapi tiada perubahan...nanti ada masa dan waktu nak pergi ENT lagi.....

______________________________________________________________

Hingga kini , August, aku turut tak boleh makan telur pula. Begitu juga seaweeds/junk food/snack yang di buat dari seaweed...&  sushi....bye bye sushi...

Setiap kali makan telur hidung akan tersumbat dengan teruk hingga terpaksa bernafas dengan mulut siang & malam. Sudah tentu keaadaan itu sangat tidak menyelesakan. Kepala berat semacam. Begitu juga dengan minyak masak, aku terpaksa menggunakan olive oil tiap kali masak. Minyak masak yang di buat dari sumber ikan, contoh minyak masak cap ikan talapia , pun turut menyebabkan hidung ku tersumbat. Begitu juga dengan refined cooking oil....makin hari semakin banyak benda yang tak boleh di makan...emmmm boring kan.

Tak payah di sebut pasal pantang makan/jaga makan, dari dulu lagi aku berpantang makan , tidak makan benda2 yang aku tak boleh makan.Cuma, kadang-kadang terkena juga bila makan diluar/dikedai. Maklumlah, mungkin jenis minyak masak yang digunakan/perisa makanan/tercampur makanan/kuali/periuk yang telah  digunakan memasak benda lain tidak dicuci.....eemmm ....susah kan......

kedua-dua belah hidung akan tersumbat dengan teruk setiap kali aku makan atau termakan makanan tersebut walaupun kuantitinya sikit tapi kesan nya sama teruk seolah-olah makan banyak.

Bila keaadaan dah semakin teruk, mata turut kurang jelas penglihatan, kepala rasa migraine di tambah dengan pekaknya pula.......

Kadang-kadang rasa putus asa juga. Apa lagi  nak buat dengan hidung yang tak sembuh-sembuh sumbat nya........

bermacam dah dilakukan sekian lama;

1.     Sedut air dalam hidung dan hembuskan sekerapnya-bertahun buat pun tak sembuh

2.     Guna syringe sembur air suam+garam+soda bikarbonat & wapkan muka....pernah terkeluar benda pula mcm lendir bertali halus, bila jatuh kat air panas bertukar color (brown)...ala2 cacing kat isi ikan mentah pula...

3.     Tiap-tiap hari wapkan muka.....berkesan untuk pernafasan yang tersumbat, tapi tidak menghilangkan lendir atau hingus...lepas 2  3 hari datang semula

4.     Makan apricot seeds, blend dengan buah-buahan. Selama sebulan, tidak menyembuhkan, sebalikmya keaadaan tersumbat makin teruk, so aku stop...lebih lega bila stop makan apricot seeds. Mungkin nuts allergic pula

5.     Makan juga capsules apricot (APRICON BRAND) RM149, 150 CAPSULES.....keaadaan tetap sama. Tiap kali ambil capsules apricot , keaadaan makin teruk......atlast aku stop tak tahan hidung dua2 tersumbat

6.     Now August 20, aku ambil TF Advanced  + Riovida..........nak  kaji apa pula kesan lepas ni

      Ikuti kesah selanjutnya: