Thursday, 29 August 2013

Kisah Kereta Ku Siri 1





Kisah yang harus di jadikan sempadan dan pengajaran

 
 Segala cerita yang terdapat di dalam cerita ini bukanlah rekaan semata-mata dan tidak bermaksud untuk memburukkan sesiapa sama ada yang hidup mau pun yang dah tiada. Kisah ini berdasarkan pengalaman sebenar penulis dan hanya  sekadar ingin perkongsian yang boleh menjadi pengajaran pada kita semua agar tidak mudah mempercayai sesiapa sama ada yang nampak baik/elok atau pun yang berupa jahat/buruk......dan tidak memburukkan yang kelihatan baik /buruk.....hehehe.....agar kita  tidak menjadi terlalu baik hingga menjadi mangsa keadaan atas kebaikkan diri sendiri.....: dalam erti kata yang lebih kejam “jangan sampai kita  sentiasa di perbodohkan!”.
 
Kesah Kereta Ku Siri 1
Suatu hari (Isnin)  aku ke tempat kerja seperti biasa dengan terkelam kabutnya berangkut baby yang waktu itu masih beberapa bulan untuk dihantar ke babysitter..
 
Sebaik sampai di tempat kerja aku parking kat tengah padang bola yang luas di tempat kerja ku, memandangkan semua tempat dah penuh dengan keta. Di tengah2 padang tersebut turut  berderet kenderaan2 lain milik rakan setugas.
 
Maka, seperti biasa aku meneruskan tugas harian ku tanpa ada rasa curiga apa2....
 
Aku habis kerja seperti biasa, 6.35 p.m . Seperti kebiasaan yang aku lakukan , aku meninggalkan tempat kerja sekitar 6.50 p.m kerana tidak mahu tersangkut dalam traffic jam, aku keluar lambat..
Sampai di rumah aku tidak mencurigai apa-apa..
 
Keesokkan hari nya (Selasa) aku ke tempat kerja ku seperti biasa. Aku turut parking di tempat yang sama seperti semalam. Tidak juga aku mencurigai apa-apa yang pelik. Sebaik sampai di tempat kerja, aku pantas lunch di kantin. Selesai lunch, aku naik ke office dan semasa dalam perjalanan naik ke office, aku terserempak dengan seorang rakan sekerja ku, lalu beliau menyapa ku...” anu, engkau punya keta ok tak?” dia ulang berkali2...jantung aku berdegup kencang dengan soalan nya...aku terpingga2 & tertanya2 diri sendiri apa salah keta ku....aku turut bertanya pada beliau,”kenapa dengan keta saya? Cakap lah!” tapi beliau menjawab “ ko tak tau apa2 ke semalam? ko pi tengok dulu keta, ko cek dulu keta ko betul2 .....
 
Aku pun dengan jantung berdebar, takut, hairan & tertanya-tanya apa yang telah terjadi, berlalu meninggalkan rakan setugas tadi sambil menuju ke kereta ku yang berada di tengah padang. Maka, aku cek kiri kanan, belakang dan depan keta...twengtwengtweng.....depan keta ku sebelah driver kemek dan mentol/lampunya tersembul.......hahaha macamana aku boleh tak tau dan tak sedar apa2...biasala perempuan kalau pakai keta tau drive je. Takde masa nak nengok/cek2 keta....
 
Aku terkejut, marah dan tertanya-tanya siapa yang hentam keta aku kat kawasan tempat keja. Kenapa tak ada yang datang cari aku, bagi tau aku yang dia dah terlanggar atau menghentam keta ku...tempat ni bukan nya besar sangat. Parking keta kat situ pun bukannya orang luar, tapi staff /warga yang sama”.
 
Aku pantas berlari dan mencari rakan yang telah bertanya akan keadaan keta ku sebentar tadi.
 
“kak keta saya kemek, siapa langgar? Cakapla ...cakapla siapa langgar keta saya......”
Namun rakan tadi menyuruh aku mencari si “A” yang telah menjadi saksi kejadian....alamak....panjang ceritanya waktu tu....
 
Di pendekkan cerita:
 
Aku di beritahu siapa yang telah menghentam keta ku. “Si B yang reversed keta nya lalu menghentam kereta ku, namun Si B (yang pada waktu itu bersama rakannya) buat2 tak tau seolah2 takde apa2 terjadi”..rakannya siap cakap “biarla” – menurut saksi.
 
Aku tunggu si B yang telah terlanggar keta ku untuk berjumpa denganku...seminggu berlalu, tiada yang datang memohon maaf/menceritakan apa yang terjadi.
 
Aku call tapi tak berjawab. Bising dah satu office tahu tentang kejadian tu, tapi tiada juga yang datang meminta maaf. Hingga la rakan setugas yang lain (Si D) menjadi orang tengah memujuk si B untuk berjumpa denganku untuk selesaikan masalah. Kesahnya orang tengah pun kena marah dengan Si B yang melanggar keta ku...kwangkwangkwang.....turut di khabarkan bahawa Si B turut marah rakan lain iaitu Si E (yang dia syaki membocorkan rahsia padaku...hehehe..padahal Si E  tak tau menahu hal Si B terhentam keta ku,)....Begitu punya orang pun ada
 
Seminggu berlalu, tiba-tiba si B call aku. Padahal satu tempat keja, tak juga jumpa2 aku, main2 call pula..
 
Begini la kesah nya: kring...kring...kring....
 
Si B:
 Rua..keta engkau ke tu???? Ya Alllllll..........akak tak tau pun tu keta rua....tu la sapa suruh engkau parking kat situ? Nape parking dekat? (dia cakap berulang2)
Aku:
Eh aku tak parking dekat tau..keta aku jauh.
Si B:
Eh tak la Rua, Rua parking dekat. Keta akak tak dapat keluar tau...
Aku:
 Saya parking jauh la... Ada  orang lain lagi yang parking kat situ. Bukan saya seorang. Keta saya jauh dari keta awak, keta si X lagi dekat dengan keta awak. Nape sebelum awak langgar keta saya awak tak dapat keluar!  lepas langgar keta saya, awak dapat pula keluar!
Si B:
Tu la rua parking situ. Rua pun salah jugak parking kat situ.
Aku:
Awak...saya tak kata awak salah saya betul/awak betul saya salah..saya tak nak cari siapa salah siapa betul. Saya hanya nak awak bertanggungjawad je. Awak dah langgar keta saya yang tengah parking, awak kena lah bertanggungjawab. Ini, dahla awak langgar, awak tak pula cari saya, office ni bukannya besar sangat untuk awak tak dapat cari saya...saya punya la pening kepala fikirkan “siapala yang melanggar keta saya??”..
 Si B:
Rua pun salah juga sebab parking situ...keta dekat sangat..
Aku:
Awak.....yang sudah, sudah la,....saya jauh ke, dekat ke....itu bukan soal nya sekarang..saya bukan nak cari salah siapa...saya nak awak bertanggungjawab...itu je..awak langgar, awak lah yang bertanggungjawab.....nanti saya baiki keta, saya bagi bil kat awak ye....
Si B:
Rua pun salah juga..nape parking situ, keta saya tak dapat keluar...keta saya pun rosak teruk...
Aku:
Eeeehhhh....Keta awak rosak teruk, bukan sebab saya ye.....Keta awak rosak, bukan saya yang langgar...awak yang langgar keta saya....
Si B:
Keta saya pun kemek teruk. Jangan la bagi mahal sangat. Saya pun nak baiki keta saya...
Aku:
Awak...ini bukan soal mahal atau murah. Bukannya saya yang tetap kan bayaran. Itu yang orang charge kat saya, itu lah yang saya charge  kat awak. Nanti saya bagi bil baiki keta kat awak kalau saya dah siap ye....
Si B:
Rua pun salah juga...suka hati awak la..... (terus letak fon)
 
P/S: aaaiiik! Camtu pulak... bukannya nak minta maaf, dia call untuk salahkan aku pula. Akhirnya Si B pindah daerah, lalu la kesah KETA KU TAK BERBAYAR hahaha.....bayar sendiri akhirnya... Kes ini telah di laporkan pada pihak pentadbir, namun tidak membantu dalam penyelesaian. Akhirnya, aku tetap jadi mangsa....baiki kereta, tanggung kosnya sendiri.
 
“bukan nilai baiki kereta itu yang menyakitkan, tapi sikap  seseorang itu yang lebih menyakitkan”
 
...degil punya budak....punya la keras kepala.....
 
aku tak benci dia, Cuma terfikir, ada juga orang pempuan macam tu......aku tidak mendoakan Cuma aku berharap agar apa yang dia  buat pada aku akan terjadi pada dirinya suatu masa kelak supaya menjadi pengajaran pada dirinya untuk tidak berbuat begitu pada orang lain......
 
IKUTI KISAH KERETA KU SIRI 2


No comments:

Post a Comment