Alahan Makanan?
Sekian lama
aku telah mengalami masalah alahan makanan seperti belacan, udang , ikan dan
apa2 jenis snack yang menggunakan perisa asal makanan laut (perisa udang,
tiram, ikan, makanan yang dijeruk/perkasam
&.....).
****Sebelum
ini keaadaan atau allergic yang aku alami tidak la teruk/sensitive sangat.
Sesetengah ikan aku masih boleh makan contoh tenggiri. Asalkan tak makan
seafood, belacan dan ikan bilis aku ok. Dan Keaadaan aku telah sembuh
sepenuhnya sebaik melahirkan anak, mungkin sebab aku minum herba-herba cina
waktu berpantang. Dimana dalam masa aku berpantang dengan makanan dan
herba-herba cina selama 3 hari berturut-turut hingus aku keluar berketul2
sepanjang hari sampai habis 1 cutton tissue
tandas (6 pcs). Warna yang keluar pula dari coklat berdarah,ke hijau
pekat, ke kuning cair dan akhirnya color jernih seperti hingus biasa. Dan
akhirnya aku sembuh. Hidung yang tersumbat selama bertahun tidak tersumbat
lagi. Makan ikan pun tiada masalah kecuali udang dan ikan bilis/sambal ikan
bilis yang diletak pada nasi lemak yang sangat sensitive..juga masih boleh
menikmati sushi makanan kegemaran aku*****
Awal tahun
2013 yang lalu selepas mengikuti BBQ warga SKS7 di Tanjung Bidara keaadaan
allergic aku menyerang semula. Entah apa yang salah dimakan....nak kata daging
tak mungkin pula sebab hingga kini aku masih boleh makan daging tanpa ada tanda-tanda
allergic.... black pepper sauce?? Mungkin juga. setiap kali aku makan black
pepper sauce yang sama, aku akan tersumbat hindung yang teruk...mungkin ada
bahan yang aku sensitive digunakan dalam sauce berkenaan yang membuat kedua-dua belah hidung tersumbat
teruk hingga berbulan-bulan diikuti
demam,..hingga beberapa bulan yang lepas , deria bau semakin kurang sensitive/hilang
deria bau buat seketika. Mana tidak nya tiap kali anak kecil ku buang air besar
aku tak dapat kesan. Manakala, bila time memasak, dikala terlupa yang diri tengah masak
makanan kat dapur sampai hangus berasap pun masih tak sedar sebab kurang deria
bau....atau langsung tak hidu bau apa-apa.
Sekitar May
& June 2013 telinga aku gatal-gatal teruk dan pendengaran pula terasa seolah-olah berada dalam kapal
terbang (pekak)...aku ke Klinik Pakar ENT Dr Esa Di Kajang....masuk kamera kat
telinga & hidung. Maka, nampaklah infection di telinga yang berpunca dari
hidung. Terdapat cecair dari hidung masuk ke telinga. Hidung pula, dalaman nya
bengkak pada kedua-dua belah. Keaadaan pekak berlarutan selama
sebulan/>.
Maka
:
1st
time pergi pakar ENT : Dr bagi antibiotic and clarinase (hanya bersifat sementara untuk melancarkan pernafasan akibat hidung tersumbat) ada kurang gatal tp ubat habis dlm
4 hari dan gatal menjadi semula.telinga tetap masih tak jelas mendengar/rasa pekak sepanjang hari.
2nd
time : Telinga masih ada infection dari hidung, dalaman hidung masih bengkak.
Namun
semuanya tidak berkesan....dah habis ubat, tapi tiada perubahan...nanti ada masa
dan waktu nak pergi ENT lagi.....
______________________________________________________________
Hingga kini
, August, aku turut tak boleh makan telur pula. Begitu juga seaweeds/junk food/snack
yang di buat dari seaweed...&
sushi....bye bye sushi...
Setiap kali
makan telur hidung akan tersumbat dengan teruk hingga terpaksa bernafas dengan
mulut siang & malam. Sudah tentu keaadaan itu sangat tidak menyelesakan.
Kepala berat semacam. Begitu juga dengan minyak masak, aku terpaksa menggunakan
olive oil tiap kali masak. Minyak masak yang di buat dari sumber ikan, contoh
minyak masak cap ikan talapia , pun turut menyebabkan hidung ku tersumbat.
Begitu juga dengan refined cooking oil....makin hari semakin banyak benda yang
tak boleh di makan...emmmm boring kan.
Tak payah di
sebut pasal pantang makan/jaga makan, dari dulu lagi aku berpantang makan ,
tidak makan benda2 yang aku tak boleh makan.Cuma, kadang-kadang terkena juga
bila makan diluar/dikedai. Maklumlah, mungkin jenis minyak masak yang
digunakan/perisa makanan/tercampur makanan/kuali/periuk yang telah digunakan memasak benda lain tidak
dicuci.....eemmm ....susah kan......
kedua-dua
belah hidung akan tersumbat dengan teruk setiap kali aku makan atau termakan
makanan tersebut walaupun kuantitinya sikit tapi kesan nya sama teruk
seolah-olah makan banyak.
Bila
keaadaan dah semakin teruk, mata turut kurang jelas penglihatan, kepala rasa
migraine di tambah dengan pekaknya pula.......
Kadang-kadang
rasa putus asa juga. Apa lagi nak buat
dengan hidung yang tak sembuh-sembuh sumbat nya........
bermacam dah
dilakukan sekian lama;
1. Sedut air dalam hidung dan hembuskan
sekerapnya-bertahun buat pun tak sembuh
2. Guna syringe sembur air
suam+garam+soda bikarbonat & wapkan muka....pernah terkeluar benda pula mcm
lendir bertali halus, bila jatuh kat air panas bertukar color (brown)...ala2
cacing kat isi ikan mentah pula...
3. Tiap-tiap hari wapkan
muka.....berkesan untuk pernafasan yang tersumbat, tapi tidak menghilangkan
lendir atau hingus...lepas 2 3 hari datang
semula
4. Makan apricot seeds, blend dengan
buah-buahan. Selama sebulan, tidak menyembuhkan, sebalikmya keaadaan tersumbat
makin teruk, so aku stop...lebih lega bila stop makan apricot seeds. Mungkin
nuts allergic pula
5. Makan juga capsules apricot (APRICON
BRAND) RM149, 150 CAPSULES.....keaadaan tetap sama. Tiap kali ambil capsules
apricot , keaadaan makin teruk......atlast aku stop tak tahan hidung dua2 tersumbat
6. Now August 20, aku ambil TF Advanced + Riovida..........nak kaji apa pula kesan lepas ni
Ikuti kesah selanjutnya:
No comments:
Post a Comment