Friday, 2 August 2013

Coretan Bali 2013

*************************************************************************
Coretan
Bali 2013
9 Feb 2013 -12 Feb 2013

 *************************************************************************

Akhirnya, sampai juga di Bali....

Setelah hampir sebulan aku sedaya upaya book hotel melalui membership Swiss Garden International Vacation Club, akhirnya aku Berjaya mendapatkan penginapan di  The Royal Bali Beach Club Jimbaran Bay untuk 4 orang. Tempahan asal yang aku buat 4 hari 3 malam tidak Berjaya, sebaliknya aku mendapat 3 hari 2 malam saja. Selebihnya 1 malam aku kena tempah melalui agoda. Agoda aku tempah tripple room untuk 3 dewasa 1 infant di Radha Bali Hotel.

Saat yang di nantikan akhirnya tiba. Kami menaiki penerbangan Air Asia Jam 9.30 pagi dari LCCT. Penerbangan mengambil masa 2 jam 55 minit dari Kuala Lumpur LCCT ke Ngurah Rai international Airport Bali. Mujur la flight tak delay.

Rasa macam tak percaya juga.. tut..tut..tut..tau-tau dah landing. Kami sampai di Bali jam 12.35 p.m. Tiada perbezaan waktu antara Bali dan Kuala Lumpur. Setelah melalui pemeriksaan imigresen kami menuju ke baggage terminal.

Sementara menunggu bag kami, aku sempat menyuruh anak buah ambil trolley untuk letak barang. Tiba-tiba member muncul dengan seorang lelaki berbaju biru muda (biru langit) membawa trolley di sebelahnya. Aku bertanya “mana trolley? “ sambil berbisik aku Tanya lagi “tu siapa?” antara dengar tak dengar jawapan member tadi.....ntah lah, aku nak trolley, tp dia pula yang bawa...*****



 ***aku teringat kisah suatu ketika dulu ketika di Medan:........( keluar dari van, tiba2 ada orang memayung, maklumlah hujan. Dalam hati ku berkata “ baiknya orang di sini, ada yg sudi menolong, memayung time hujan” ...tiba2 kawan2 menjerit sambil memberi isyarat tangan “jangan...jangan..jangan! “ Ah ...aku tak faham..aku tak faham....oooohhh! rupa2nya kawan2 kata jangan terima pertolongan orang2 yang memayung kita tu...itu cara mereka minta wang dari kita. Hahahaha dah terkena...tapi aku degil tak nak kasi duit..main cau je..lantaklah) ***


Aku bisik kat member “ko cakap lah tak nak trolley, ko bagi tau dia takyah tolong kita, kita angkat sendiri” ...hehehe . kesian member aku. Dia pula segan nak cakap balik kat lelaki yang bawa trolley....Si pembawa trolley tu pun satu, degil tahap cipan....aku sempat kata takyah angkat bag kami...tau tau tangan dia lagi cepat menyambar bag dari tempat bagasi...geram juga aku. Aku suruh member tolak je trolley...akhirnya anak buah ku tolong tolak trolley. Sempat juga lelaki tu  tunjuk muka marah. Akhirnya aku suruh member bagi duit kat dia..berapa2 saja....RM2...Baru sampai dah kena pau...huhuhu. kalo di Malaysia, terminal Bagasi ‘strictly prohibited area untuk orang luar selain penumpang’ tapi Indonesia lain...Lagi la kalo airport Medan, sapa2 saje boleh angkat bag /bagasi kita. Kita belum lepas  imegresen barang dah kat luar (jgn letak barang berharga dalam bagasi).

Sebaik melepasi tempat bagasi tadi, aku mencari2 transport dari hotel. Entah bagaimana cara nya ya... aku pun tak pasti,aku main redah je...just follow my instinct, coz 1st time tempah transport hotel..sebaik keluar pintu....kelihatan ramai orang yang memegang kertas berserta nama2 client.....macam iklan pun ada...aku cari iklan nama aku pula..hehehe...nun jauh di sana kelihatan seorang lelaki lengkap berpakaian hotel memegang kertas tertera nama MR....... hehehe...rasa macam VIP pula......geli hati pun ada. Aku tersengih sendiri...alalala nama ku MR........, yang muncul nya MDM...Si pemegang kad nama tu pun kelihatan confused kejap bila dia nampak muka aku, masa tu aku bagi isyarat tangan kat dia... yang dia pegang tu nama aku....Dia memperkenalkan diri..tp aku tak ingat...coz tak ambi tau sangat nama dia..baca name tag dia tp lupa..maklumlah over excited nak jalan2...jauh juga nak sorong trolley keluar dari kawasan airport menuju transport.(>< 100 meter).

Sementara menunggu transport, sempat possing2 ckit. Bukan ada yang menarik pun kat tempat possing tu, tp dah nama nya excited bergambar, sampai kat tempat baru....(letih pun ada, maklumlah aku dari td menggendung anak sambil di bantu anak buahku).

Akhirnya transport sampai....avanza yang aku booked online dalam Rp100,000/USD12. Kami terus dibawa menuju tempat penginapan kami. Tak sabar rasanya. Lebih kurang jam 2 petang, kami tiba di hotel penginapan kami Royal Bali Beach Club. Tempat nya agak terpencil. Check in sekejap terus dapat bilik..Room 102. Betul-betul tepi Check in counter..ground floor.

The Royal Bali Beach Club Jimbaran Bay Room 102ROYAL BALI

ROYA BALI

ROYAL BALI BEACH CLUBROYAL BALI BEACH CLUB
MINI KITCHEN
MINI KITCHEN
  Si driver kami tadi memberi penerangan sedikit pada kami tentang bilik termasuk makanan yang ada dalam bilik..... RM50 per night..member price (swiss membership vacation club). Hotel nya sangat bagus, Cuma jauh di Jimbaran. Susah nak dapat makanan. Yang ada hanya makanan dari hotel dan restoran sebelah hotel...seafood di Pantai Jimbaran (tak boleh jalan kaki bawa anak kecik....) 


*************************************************************************
  Hari Pertama (9/2/2013)

Sebaik tiba di hotel, kami berehat2 seketika. Aku bagi anak makan & mandi. Kesian anak aku kelaparan, mujur ada bawa bubur dalam termos dari rumah, masih lagi panas.

Kira-kira  jam 3 petang, kami mula berjalan-jalan sekitar hotel. Perut pun dah ‘berkeroncong’. Nak cari tempat makan. Susah juga nak cari makan kat sini ye. Kami keluar mengarah ke sebelah kiri hotel untuk mencari tempat makan. Jauh juga kami berjalan. Lorong jalan kaki nya sekejap ada, sekejap tak ada. So, kurang selamat sikit. Kena hati-hati berjalan di tepi jalan, kenderaan motosikal nya banyak. Tiada yang menarik sepanjang perjalanan berjalan kaki. Akhirnya kami sampai di shopping kompleks , tp tak seperti shopping kompleks ...kami masuk dalam kot2 ada tempat yang boleh kami singgah untuk mengisi perut...namun mengecewakan, tak ada apa-apa, kami keluar dari shopping kompleks dan terus mencari gerai di sekitar..mujur lah ada satu gerai makan buka....makanan?? alalala.....makan aja lah...dah kebuluruan ni.Rp67,000.  Tiada aktiviti lain pada hari pertama. Nak jalan ke pantai pula, tak tau brapa jauh lagi. Tak larat jalan kaki bawa anak kecil. Kami Balik ke hotel selepas makan. Menghabiskan masa sekitar hotel...bergambar2..

Kira-kira jam 5 petang: Keluar mengarah ke sebelah kanan penginapan pula. Misi mencari makanan juga. Ya la, dapur dah ada..tp makanannya takde pula nak di masak. So, nak cari hotdog ni....singgah kat kedai runcit sepanjang perjalanan berjalan kaki, satu pun takde yang jual hotdog. Sebelum tu aku dan member ku pergi ke Intercontinental Hotel(4@5 star hotel) yang terletak bertentangan dengan hotel penginapan kami, namun makanan yang ada hanya untuk tetamu hotel sahaja.

Jauh juga berjalan kaki ni. Singgah di kedai runcit,  aku sempat bertanyakan hotdog/sosej pada penjaga kedai. Dengan confident nya dia menjawab “itu sosej coklat, sosej coklat kecil” aku pun pergi jenguk sosej nya...ntah apa ntah yang dia kata sosej tu....aku nak sosej/hotdog...bukan nak roti coklat...aku salah bahasa ke, dia yang tak faham bahasa. Aku terus keluar menahan rasa geli hati nak gelak. Kami teruskan perjalanan. Akhirnya, tiba di supermarket (K Mart), satu-satu nya kedai yang ok kat area tu....ala-ala speedmart. Membeli sedikit barang makanan....harganya berpatutan. Namun, mengecewakan, hotdog/sosej nya tak ada.” Agak-agaknya, kat indon memang tak ada menjual junk food macam kat Malaysia kot” kata hatiku.

Tiada aktiviti di sebelah malam...tdor kepenatan.

P/S: Air minuman..air paip rasa pelik bila di minum. Tak lalu aku minum walau pun di masak....lain kali beli mineral water je. Mineral water bali pun semacam je rasa....dah takde pilihan, minum je lah...

 

*************************************************************************
Hari Kedua (10/2/2013)

Trip berjalan-jalan: Transport - guna Hotel Punya siap ada driver- 8 hrs 45 USD –Avanza.

Sebelum trip, aku sempat order sepinggan nasi goreng hotel untuk anak buahku yang menjadi babysitter anak aku kat hotel... RM25 sepinggan....

9.00 pagi:Jalan....

1st destination: Barong Dance – entrance fee Rp100 000  per person. Menonton Persembahan ala-ala opera cina. Menonton opera indon...BARONG DANCE
BARONG DANCE
BARONG DANCE

2nd: Toh Pati – tempat gallery batik. Ada batik making juga. Mahal ya. Tak ada yang menarik sangat..aku jual mata je. No entrance fee..

Photo is loadingPhoto is loadingPhoto is loading
TOH PATI BATIK GALLERY

3rd:Batu Bulan – sekitar 12.30 p.m. Shopping sikit kat sini. Barang-barang agak murah. Aku Beli;
Photo is loading Photo is loading
BATU BULAN
i.             aromateraphy oil - tak de bau pun bila di bakar,  macam alcohol yang banyak sejuk semacam je bila disentuh, RM8, 20 bottles/5 ml each,

ii.            aromatherapy incense sticks - aku bakar macam colok cina pula, bau nya tak ada, asap saja melebih2 RM3 (20 sticks) &

iii.           aromatherapy massage oil - tak buka-buka lagi pun.. RM9.

Lama juga la kat sini...interesting..sempat lagi aku sakit perut nasib baik ada tandas....

4th: Teba Sari – 1.49 p.m. :
Photo is loadingPhoto is loading
Teba Sari : kebun herba, kopi ada sikit, jalan-jalan kat kebun ni...ada binatang yang di panggil luwak
LUWAK
LUWAK
(asal kopi luwak bali; binatang luwak ni makan biji kopi yang berkualiti, lepas tu di birak kannya biji kopi tu dan biji tersebut akan diproses menjadi kopi bali). Terdapat mini mart dalam kebun ni.

Photo is loadingPhoto is loading
 TEBA SARI MINI MART                                    Luwak Coffee
menjual pelbagai jenis kopi. Ada free coffee testing.

FOR TESTING
FOR TESTING
...boleh la..ada yang sedap, ada yang kurang (teh, coffee & moca pelbaga jenis rasa). Aku beli bali mocca, bali kopi & Coconut coffee. Agak mahal juga... Coconut coffee..sedap. Bali mocca..kurang/xde rasa pula mocca nya.

5th:Ubud – Jam menunjukkan jam 2.30 p.m lebih .  Masih belum makan..Mencari makan di Ubud.. Ubud agak happening berbanding dengan Jimbaran. Ramai pelancong, banyak tempat untuk buang duit atau jual mata...Selepas makan, sesi bergambar2 pula di sekitar Ubud...
Photo is loadingPhoto is loadingPhoto is loadingUBUD
6th: Dari Ubud kami menuju ke Tegallalang. Tempat nya agak jauh sikit dari Ubud. Cuaca pula dah gelap sikit/ kurang panas. Sempat juga snaps dari keta pemandangan sepanjang perjalanan. Jalan nya agak sempit, two way. Kadang2 kecut perut aku bila driver overtake kenderaan lain. Ya la, kat tempat orang takut pula apa-apa.......

7th: Akhirnya, sampai juga di Tegallalang..


TEGALLALANG
TEGALLALANG
TEGALLALANG entrance fee Rp5000 per/person. Tanah tinggi,tempat penanaman padi, so cuaca nya agak sejuk sikit...ntah lah, mungkin juga sebab cuaca memang dah mendung waktu tu..so tak terasa bahang panas. Di sini banyak menjual pakaian....aku jual mata saja kat sini. Yang penting bergambar2...kalau ambi gambar jangan sebarangan. Kalo tak cukup tangan nak bergambar, tak payah bergambar...kalau minta tolong local people ambil gambar kena cas la...kalau rasa-rasa nak bergambar dengan local people pun kena hati2 bukan gratis ya...ada bayaran...huhuhu nak bergambar dengan atuk yang comel bertopikan daun ntah apa ntah....tak sanggup nak bayar pula....aku gambar bunga ros aje tak yah bayar. Jam dah sampai ke penghujung nya...8 jam tak terasa pula dah nak habis...berangkat balik ke hotel. Driver sempat juga bawa singgah di I Wayan Arnaya  Lukisan..

GALLERY LUKISAN I WAYAN ARNAYA
GALLERY LUKISAN I WAYAN ARNAYA
 ...aku tak beli apa-apa. Sekadar bergambar2 saja...agenda utama adalah bergambar. Singgah sekejap di McD Beli bubur untuk anak. Bubur nya agak kering berbeza dengan bubur McD Malaysia.


 Jam 6.00pm sampai di hotel..

Malam: Makan burger McD je...

*************************************************************************

Hari Ketiga (11/2/2013)

Masa untuk check out:

Check out nya awal jam 10.00 pagi. Rasa masih nak tidur. Terpaksa kejutkan si kecil awal. Nak bagi mandi dan makan sebelum perjalanan seterusnya.

 Tiba masa kira bil hotel;

Alamak! Dah termakan makanan dalam bilik hotel...katanya  gratis tp rupa2nya makanan yang ada cas dicampur dengan makanan yang percuma....bukan main lagi dia tunjuk semua tu gratis...apa lagi, makan la..tau-tau tipah tertipu pula......fringles 1 kotak saiz s rm25..kat Malaysia RM3.50....kita makan 2 kotak ...so, RM50...huhuhuhu..aku kaya the movie ....nasib baik aku tak bawa balik 1 paket kopi bali yang di kata gratis...

Selepas check out kami menuju ke hotel yang seterusnya, dengan menggunakan teksi meter. Kami tak guna transport hotel kerana mahal. Takut juga guna teksi meter, ya la takut tempat yang dekat menjadi jauh jadi nya...mahal. Tapi mujur la, driver teksi tu tak menipu.Aku sempat juga ambil gambar lesen driver yang ditunjukkan dalam teksinya..dari Jimbaran ke Radha Bali di Kuta meter teksi nya menunjukkan Rp37000 lebih. Tp member bagi sedekah sikit kat driver, bayar lebih Rp46,000. (Mujur la kami tidak menggunakan khidmat teksi yang dah dijanjikan oleh driver hotel (driver 8 hrs trips jalan2 Bali) kerana dia kata dia nak sediakan teksi dengan bayaran Rp50,000. Ini kerana kami check out awal 10 a.m, sedangkan aku bagi tau driver yang kami akan checkout 12.00 p.m.) Selamat......

Kami tiba awal dari yang sepatutnya di Radha Bali Hotel.
*********************************************************************
Photo is loadingPhoto is loading
RADHA BALI ENTRANCE                                          Radha Bali Hotel

RADHA BALI OUTDOOR VIEW
RADHA BALI HOTEL  OUTDOOR VIEW
Photo is loadingPhoto is loading
RADHA  Hotel Lobby

Radha Bali Hotel terletak betul-betul di hadapan Discovery Mall. Di situ juga terletaknya water bom park bali...kuta art market...tempatnya strategic. Dari luar hotelnya kelihatan murahan. Tapi bila masuk, bilik nya sangat luas..Cuma almari pakaian kurang best. Peti ais ada,  shampoo, shower cream (dalam botol besar), ubat gigi, berus gigi ada disediakan...berbaloi juga. 3 Queen beds.
 Photo is loadingPhoto is loadingPhoto is loadingPhoto is loading

Radha Bali Hotel: 3 QUEEN BEDS
Photo is loadingPhoto is loadingPhoto is loading


RADHA BALI HOTEL : Paling aku suka adalah bilik hotel kami terletak di tingkat bawah, betul-betul depan swimming pool.  Buka je pintu bilik hotel, boleh terus lompat terjun..... 
RADHA BALI HOTEL
 
huhuhu I Like..........
 Sampai2 bilik hotel aku pantas menyalin pakaian, tak tahan aku melihat swimming pool........mandi manda
mandi manda best nye mandi...terjun kejap je koz nak p jalan tempat lain pula lepas tu.
*****************************************************************************************
Jam 12 kami berjalan di sekitar hotel: Discovery mall, DISCOVERY MALL
DISCOVERY MALL
ada pantai di belakang mall nya....
KUTA BEACH BEHIND DISCOVERY MALL
KUTA BEACH JUST BEHIND THE DISCOVERY MALL

Photo is loadingPhoto is loading
                                                                         Waterbom Park: Kuta
 ada KFC dan tiada masalah dalam mencari makanan...nak yang murah pergi KFC or McD. Sama harga Malaysia..sekurang2nya tak tipu harga makanan...gerai2 mahal...biasala Indonesia.....makan di kaki 5  lebih mahal dari makan di KFC..

 Cuaca agak panas terik waktu kami sampai di Discovery Mall. So, tak dapat nak bawa anak bergambar2 di tepi pantai. Kuta tempat nya happening. Ramai pelancong. Shopping sikit di Kuta Art market KUTA ART MARKET& discovery mall. Boleh lah, harga berpatutan...banyak juga yang murah.

Balik hotel sekejap, hantar anak dan anak buah aku. Letih juga bawa anak kecil berjalan-jalan. Susah nak di kawal. Sentiasa nak berjalan-jalan. Tak nak di gendong.....kesian juga nengok anak

Petang nya, sambung lagi aktiviti berjalan-jalan di sekitar. Anak & anak buah aku tinggal kat hotel. Bergambar-gambar di pantai Kuta..shopping sikit . Hampir jam10.00 malam sampai hotel....esok nak balik pula. Packing....order dinner...reasonable price....makanan ok.

Hari ni aku dan member aku kena pau lagi! Silap aku juga. Tukar duit kat money changer yang tak bertauliah. Kat tepi jalan je. Tak jauh dari hotel penginapan kami. Betul-betul depan Radha hotel. Tengok rate, bukan main tinggi. Bila dah tukar RM ke Rp bukan main jauh mengurang berbanding dengan tempat-tempat yang menayangkan rate yang rendah. Rupa-rupa nya si pengurup wang tu mengenakan 3 o/o servis cas. Tipah tertipu...sekali lagi. Lain kali, kalau nak tukar duit kat luar Negara, kena Tanya apa cas yang di kenakan. Takut tertipu, dia orang letak rate duit yang tinggi, lepas tu nanti bila kita tukar macam2 alasan di orang....lagi la Indon...hati2 juga jgn sampai ditukar wang palsu..
 *************************************************************************

Hari Keempat (13/2/2013)

Percutian sudah sampai ke penghujungnya. Awal-awal pagi aku bangun, salin swimming suit, buka pintu bilik terus terjun ke swimming pool. Bestnye...dapat mandi lagi....air nya tak sejuk..suam2 kuku. Lepas mandi bersiap untuk breakfast. Restaurant nya terletak di tingkat  atas.
 
ANTARA MENURADHA BALI CAFE; Antara menu.....
MENU PILIHAN: Aku pilih nasi goreng je

RADHA BALI CAFE; Tempat nya agak kecik tapi ok.   MENU PILIHAN: Aku pilih nasi goreng je

Makanan pun ok (boleh dikatakan sedap). Aku pilih nasi goreng je...

Jam 11 pagi kami berangkat ke airport menggunakan transport hotel. Rp50 000..selepas aku minta kurang harga. Tidak sampai 15 minit, kami pun tiba di airport. Airport nya dekat dengan penginapan terakhir kami. Flight kami 1.50 pm, tapi sengaja berangkat awal ke airport.

Imegresen fee nya Rp150 000 per person, infant-free. . Jadi, sediakan duit yang cukup untuk imegresen fee. Jangan habiskan semua duit Rp bila nak balik. Imigresen nya tidak lah seketat KLIA. Aku masih bawa berbotol-botol air kosong dalam botol susu anak (3 botol susu besar 260 ml setiap satu). Mungkin sebab anak aku kecil lagi. Tapi, yang pegang botol mineral pula di suruh buang. Aku bawa botol susu anak, lebih besar dari botol mineral yang kecil, tapi kasi lepas...ok la tu. Lagi satu, aku terlupa nak kosongkan botol susu sebenarnya......kalau aku sedar, mesti aku gabra...ini selamba badak aku bawa 3 botol air....huhuhu lepas.

Flight delay...member aku sempat shopping kat airport. Aku memang target jual mata aje.....takde dalam agenda aku....agenda utama bergambar puas-puas......:beli keychain je....



Flight  jam 2  lebih...Sampai LCCT>< jam 5 petang....WELCOME HOME


No comments:

Post a Comment